Thursday, 3 July 2014

XPDC JEJAK TAHAN

XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN
4 JUN- 8 JUN 2014
26 peserta


CEQ MANN, EN. SATAR, CEQ MAT, 
 HANA TOMEI, USTAT (KHAIRUL ANWAR), KAMAL, GG, ABE, ABG FAIZAL,
EN. SAAD DAN ISTERI, KAK LIZA, KAK BELL, ANNA, FARAH, BABY, HAZIQ, AMMAR,
ABG KHAN, ABOT, EN LATIP DAN ISTERI, ABG TUAH, PAK ALI,
BOS ABG FAIZAL DAN KWNNYA..

P/S = MAAF NAMA TERLUPA..











Wednesday, 14 May 2014

NIGHT TRACKING KE GUNUNG DATUK PADA 7-8 MARCH 2014

Sedikit info berkenaan dengan gunung ini.
NamaGunung Datuk
Ketinggian2900 kaki (870m)
Tempat: Kg Batang Nyamor, Rembau, Negeri Sembilan
Lokasi: 21km dari Pekan Rembau, 15km dari Pekan Tampin
Tol: dari utara; tol Pedas-Linggi, dari selatan; tol Simpang Ampat
Tahap: Medium-Easy
Trek: tanah bukit, batu
Kemudahan: elektrik, tandas, chalet, dewan serbaguna, tempat duduk, gerai, tempat letak kereta (semua ni kat bawah, kat atas xde)
Keistimewaan di puncak gunung:
1-Sekiranya cuaca baik, boleh nampak Selat Melaka
2-Tapak kaki Hang Tuah
SejarahPada tahun 1372, puncak Gunung Datuk pernah digunakan oleh Dato’ Perpateh Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran dan penyandang Dato’ Lembaga

Pengalaman naik gunung pada waktu malam..
Satu pengalaman yang menyeronokkan..selepas selesai taklimat daripada pengerusi program, kami membuat sedikit senaman ringkas untuk mendaki..lebih kurang pukul 2 pagi kami mula mendaki dan sampai di kaki puncak lebih kurang pukul 5 pagi..Selepas menikmati juadah dipagi hari kami mula memanjat batu untuk sampai di puncak tinggi Gunung Datuk. Paling best pada waktu pagi cuaca yang sangat-sangat sejuk..mengigil sehingga ke tulang...teringin nak mendaki lagi.

NIGHT TRACKING 1

NIGHT TRACKING 2

NIGHT TRACKING 3

NIGHT TRACKING 4

NIGHT TRACKING 5

AKTIVITI SANTAI DI TAMAN TASIK AYER KEROH

AKTIVITI SANTAI JEJAK KEMBARA G7

Aktiviti Berkayak Santai Menikmati Keindahan Alam..
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan aktiviti suka suki santai ditepi tasik..
diharap silatulrahim kita tidak akan terputus disini sahaja..disini kami selit beberapa gambar yang telah diambil semasa aktiviti tersebut..

SUKA SUKI 1


SUKA SUKI 2


SUKA SUKI 3



SUKA SUKI 4



Saturday, 15 February 2014

AKTIVITI SANTAI JEJAK KEMBARA G7

Salam ukhuwah sahabat semua..
Santai suka suki Jejak Kembara G7 Bersama GB4BCPK dengan perbagai aktiviti yg extrem akan diadakan pada..

Tarikh : 16 feb 2014(Ahad)

Masa : Jam 5:00petang

Tempat : Pusat Rekriasi Air Tasik Ayer Keroh Melaka.

Aktiviti yg disediakan :
-Abseiling Repelling
-Obstacle
-Flying Fox
-Jungle Trekking
-Kayak
-Trampoline
-Water Ball
-Wall Climbing
-River Crossing
-Memanah
-PainBall

Kepada semua rakan dan ahli JKG7 yg berminat bolehlah bersama kami bersantai riadah pada esok hari...misi utama kami adalah berkayak dengan harga serendah Rm3 sahaja..jom beramai2 beriadah dengan aktiviti yg berfaedah ini...JKG7 Prihatin

Monday, 10 February 2014

KAMPUNG PAYA LEBAR LUBOK CHINA MELAKA 31 JAN - 02 FEB 2014 - KEM BINA INSAN DAN JATI DIRI


Aktiivit menjelajah paya bakau dan menikmati keindahan alam dan binatang liar... antara kenangan dan pengalaman yang baru yang takkan dilupakan semua peserta dan ajk yang terlibat.

Persembahan kumpulan oleh semua peserta di Malam Mesra Kem Bina Insan Dan Jati Diri


Penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan.


Tahniah pada semua yang terlibat Jejak Kembara G7 bersama Beliawanis, GB4B dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Alor Gajah.


 


Thursday, 23 January 2014

PROGRAM CUTI TAHUN BARU CINA **XPDC GUNUNG SENYUM DAN JEBAK PUYUH**

Ralat...

Salam..program Kursus Bina Insan dan Jati Diri anjuran Gerak Wanis 4B kwsn Alor Gajah dgn kerjasama Puteri UMNO Bhgn Alor Gajah pada 31 jan-2 feb 2014.Bertempat di Taman Negara Gunung Senyum Temerloh,Pahang.Penyertaan terbuka pada semua Belia, Belia Wanis dan Puteri Umno. Penyertaan RM 30.00 seorang. Senarai nama peserta hendaklah diserahkan sebelum 25 Jan 2014 (SABTU). **Segala pertanyaan hubungi SHAMSIAH 016-2407720 atau KAMARIYA 017-2465057**
Kerjasama dari semua amatlah diharapkan bagi melancarkan lagi program ini. Sekian, terima kasih.

P. S/U JKG7

Saturday, 18 January 2014

PROGRAM KECANTIKAN DAN KESENIAN AYAM SERAMA BON MELAKA 2014

Jom siapa yg ada kelapangan...

Program Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama Bon Melaka 2014
Anjuran bersama
Gerakan Belia 4B Dun Durian Tunggal
Kelab Peminat Serama Melaka
Jejak Kembara G7
Jom ramai-ramai datang saksikan..

-POT SEMBANG LEBIH... 

Friday, 17 January 2014

SALAM JUMAAT

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa ALLAH akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada ALLAH SWT.

Thursday, 16 January 2014

JEJAK KEMBARA DI BROGA HILL 11 JANUARI 2014

JEJAK KEMBARA Bersama beliawanis, Putri Felda Bukit Senggeh Mendamai Jiwa Bersama''

Dibawah adalah antara gambar-gambar yang ditangkap semasa berada di Bukit Broga..Sebarang kekurang sepanjang aktiviti disana harap dapat dimaafkan.















Wednesday, 15 January 2014

MALAM CINTA RASUL 14 Januari 2014

Jejak Kembara Program Maulidul Rasul

 Malam cinta rasul 14 Januari 2014

Majlis Sambutan Maulidul Rasul Jejak Kembara G7 bersama RAJA SERAMA — at POT SEMBANG LEBIH.....

 







SALAM MAULIDUR RASUL. SELAMAT MENYAMBUT MAULIBUR RASUL 1435Hijrah

Assalamualaikum WBT, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II..
Dikesempatan ini JEJAK KEMBARA G7 ingin mengucapkan
Selamat Meraikan Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW . Semoga kita semua dapat mencontohi Akhlak dan Peribadi Rasullullah SAW. Dan selalulah kita berselawat kepada Baginda sebagai tanda yang kita kasih kepada Rasullullah SAW.

-Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah-
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Thursday, 9 January 2014

BORANG PENDAFTARAN AHLI BARU JKG7

Assalammualaikum dan selamat sejahtera!

Jejak Kembara G7 dengan sukacitanya mengajak anda semua yang berminat untuk sama-sama menyertai kami sebagai ahli JKG7. Keahlian terbuka kepada semua golongan masyarakat tidak kira dari pelusuk mana pun anda datang. Anda boleh muat turun borang pendaftaran dari pautan dibawah...




https://drive.google.com/file/d/0B8qCxm3LOhGIMlZ0c2owbDhaT00/edit?usp=sharing


SYARAT DAN PERATURAN KEAHLIAN
  • Mestilah warganegara Malaysia yang sah.
  • Bagi yang berumur 18 tahun kebawah perlu kemukakan surat kebenaran daripada penjaga kepada Setuausaha Jejak Kembara G7, dan dilampirkan bersama borang semasa penyerahan.
  • Jika ahli dikenalpasti terlibat dengan dadah dan jenayah keahlian akan dibuang serta merta.
  • Jika terdapat penipuan maklumat, keahlian anda akan terbatal.
  • Pihak pengurisan JKG7 berhak untuk mengubah sebarang syarat dan peraturan.
  • Tiada yuran keahlian dikenakan sehingga diberitahu.
  • Pihak pengurusan JKG7 berhak menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan penyelidikan dan pemasaran.
  • Setiap borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada mana-mana ahli jawatan kuasa JKG7 untuk tujuan semakan.